KEPALA INDEKS

*Click pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas
5.2 Jenis jenis pengindeksan

a) Pengindeksan Terus
b) Pengindeksan Mudah
c) Pengindeksan Sudut
d) Pengindeksan Kebezaan.


5.3 Kaedah Pengindeksan

5.3.1 Pengindeksan Terus

Pengindeksan terus ialah bentuk pengindeksan yang paling mudah sekali. Bahan kerja di pusingkan dan di tetapkan pada tempatnya oleh pin yang di masukan kedalam lubang atau lurah plat pengindeksan terus yang di pasangkan pada hujung spindal kepala indeks. Plat pengindeksan terus mempunyai tiga set lubang bulatan atau lurah ia itu 24, 30 dan 36, dimana nombor bahagian yang boleh di indek terhad kepada nombor yang boleh di bahagi dengan 24, 30 dan 36. Contohnya ialah :

i. 24 lubang bulatan / lurah, boleh di bahagikan kepada 2, 3, 4, 6, 8, 12 dan 24 bahagian.
ii. 30 lubang bulatan / lurah, boleh di bahagikan kepada 2, 3, 5, 6, 10, 15 dan 30 bahagian.
iii. 36 lubang bulatan / lurah , boleh di bahagikan kepada 2, 3, 4, 6, 9, 12, 18, dan 36 bahagian.




5.3.1 Pengindeksan Mudah.

Dalam pengindeksan mudah kedudukan bahan kerja ditentukan oleh engkol, plat indeks dan lengan sektor. Benang ulir hendaklah dicantumkan kepada gear ulir yang terdapat pada spindal kepala indeks. Oleh kerana gear ulir mempunyai 40 gigi, satu pusingan lengkap engkol indeks akan menyebabkan spindal dan bahan kerja berpusing 1 / 40 pusingan. Begitu juga 40 pusingan engkol indeks akan memusingkan bahan kerja satu pusingan penuh. Nisbah pusingan engkol indeks dan spindal kepala indeks ialah 40 : 1.


Rumusan Pengindeksan Mudah :
Pusingan engkol indeks =40 /Nombor yang dibahagi



Bagi memudahkan kerja-kerja perindeksan, jadual 5.1 menunjukkan bilangan lubang
bulatan pada plat indeks dan jadual 5.2 menunjukkan bilangan lubang pada plat
tambahan jenis Cincinnati Piawai .


5.3.1 Perindeksan Sudut.

Bilamana pembahagian diberi dalam bentuk sudut, aturcara perindeksan mudah boleh juga digunakan tetapi cara mengira perindeksannya perlu diubah.Satu pusingan lengkap engkol indeks memusingkan 1/40 daripada 360 darjah atau bersamaan dengan 9 darjah.

Rumusan Pengindeksan Sudut :

Pusingan engkol indek= sudut yang hendak dibahagikan/ 9 darjah

Jika ukuran diberi dalam darjah dan minit, adalah lebih elok menukarkan darjah kepada minit ( nombor dalam darjah X 60 minit ) dan campurkan jawapannya dengan minit yang sedia ada.




5.3.1 Pengindeksan kebezaan

Pengindeksan kebezaan digunakan untuk membahagikan sebarang nombor yang tidak boleh dibahagikan dengan menggunakan samada secara pengindeksan terus atau pengindeksan mudah. Cara ini memerlukan susunan gear antara spindal kepala indeks dan sarung pinan supaya plat indeks turut sama berpusing. Kesimpulannya pengindeksan kebezaan ialah perhubungan dua pergerakan berikut :

1. Pergerakan pengindeksan mudah daripada engkol indeks.
2. Pergerakan plat indeks itu sendiri.