kenapa negatif jumpa negatif akan jadi positif?


kita sememangnya sudah terbiasa dgn formula matematik positif jumpa positif akan jadi positif, positif jumpa negatif akan jadi negatif dan negatif jumpa negatif akan jadi positif... tahukah anda kenapa dan bagaimana ia terjadi..?

tahukah anda sifat positif dan negatif...?
positif ialah suatu keadaan yang sentiasa menyokong manakala negatif adalah sebaliknya...

disini saya terangkan contoh (positif jumpa positif= positif)
ANAK:saya mahu pergi mengulangkaji pelajaran (positif)
AYAH: ayah benarkan..(positif)

hasilnya: pergi ulangkaji (positif)


(negatif jumpa positif=negatif)
ANAK: saya tidak mahu mengulangkaji pelajaran (negatif)
AYAH:ayah benarkan(positif)

hasilnya: tidak ulangkaji pelajaran (negatif)

(negatif jumpa negatif=positif)
ANAK: saya tidak mahu mengulangkaji pelajaran (negatif)
AYAH: ayah tidak benarkan

hasilnya: pergi ulangkaji pelajaran(positif)

(positif jumpa negatif=negatif)
ANAK saya mahu mengulangkaji pelajaran
AYAH:ayah tidak benarkan

hasilnya: tidak pergi ulangkaji pelajaran


anggapkan keputusan AYAH adalah muktamad

*khas untuk yg mudah memahami sahaja.