tapi malangnya...kepuasan itu hanya sekejap..fikiran saya akan terbayang dengan apa yang saya lakukan.. lebih malang lagi, orang akan tahu sikap dan sifat saya yang sebenar..pastinya saya akan rasa sangat-sangat menyesal..
perjalanan hidup kita ibarat permainan catur..jika kita silap langkah pastinya padah akan menerjah...fikir dulu sebelum bertindak..fikirkan sekurang-kurangnya 2 tapak kehadapan...
mungkin dengan cara ini sedikit sebanyak dapat mengerakkan diri kita berfikiran positif...
1. sentiasa belajar.
kerana orang belajar akan sentiasa membetulkan kesalahan
2.sikap optimis
menjadikan halangan sebagai perkara yang mesti ditempuhi.
3.bersyukur
bersyukur apa yang dimiliki..pastinya anda tidak akan menjadi pendengki, pengkianat.
4.bertanggungjawab
jangan jadikan suatu masalah terbiar tanpa penyelesaian
5.jangan biarkan emosi negatif menghantui anda
sentiasa memandang kearah kebaikan
6.jangan putus asa
gagal bukan bererti penamat kerana ia baru melepasi garis permulaan
7.percaya kepada Yang Maha Pencipta
tiada yang mustahil bagiNya.
8.sentiasa dekatkan diri dengan Ilahi.
berdoa dan beramal
9.amalkan sifat-sifat kesederhanaan, rendah hati dan tenang
10.membawa berita gembira kepada orang lain.
memberi kegembiraan kepada sekeliling